Bahan Ayam: Dada ayam – dipotong dadu Lada sulah secukupnya Serbuk kunyit secukupnya Garam dan perasa secukupnya
Bahan Goreng: Tepung gandum secukupnya ( campur dengan sedikit baking powder) – letak dalam mangkuk Telur – dipukul rasa. Letak dalam mangkuk
Cara Memasak: 1. Satukan semua bahan ayam ke dalam mangkuk. Gaul rata dan perap seketika.
2. Ambil isi ayam yang diperap, salut dalam campuran tepung hingga rata.
3. Kemudian celupkan dalam bancuhan telur dan salut sekali lagi dalam campuran tepung.
4. Masukkan dalam minyak panas dan goreng hingga garing dan keperangan.
5. Angkat, toskan minyak dan sedia untuk dinikmati bersama sos dan mayones.
0 Comments