Bahan:
  • 250g mentega/marjerin
  • 1 sudu teh minyak sapi
  • 3 1/4 cawan tepung gandum – disangai sehingga ringan dan diayak.
  • Kepingan coklat cadbury secukupnya – empunya resipi guna yang Dairy Milk
  • Acuan tart
  • Kuning telur | hiasan


Cara memasak: 1. Satukan mentega bersama minyak sapi. Kemudian masukkan tepung gandum. Gaul menggunakan spatula hingga sebati.

2. Uli dan satukan bahan-bahan sehingga menjadi doh yang tak terlalu lembik dan tak terlalu keras. Rehatkan dalam chiller selama 5-10 minit sebelum diterap.

3. Masukkan doh ke dalam acuan dan terap ke atas dulang. ( jika doh tak pecah atau tak melekat di dulang sewaktu gulung, ia menandakan doh tersebut sangat sempurna.)

4. Ambil sekeping coklat dan gulung bersama doh yang telah diterap tadi dengan secantik mungkin.




5. Akhir sekali, sapukan kuning telur diatas biskut dan bakar dalam ketuhar pada suhu 160C menggunakan api atas bawah.

6. Bakar selama 15-20 minit atau hingga masak. Masa mungkin berbeza mengikut jenis dan saiz ketuhar.

7. Sejukkan biskut sebelum disimpan dalam balang.