Resepi Ayam dengan Keju







Bahan-bahan:
1-1 1/2 keping dada ayam

6-7 ulas bawang putih
1-2 sudu kecil lada hitam
1-2 sudu serbuk kari
1 biji telur
2-3 sudu besar tepung jagung
Serbuk roti
Garam secukup rasa
Mozarella cheese secukupnya
Cara-cara:
  1. Potong ayam menjadi kecil dan bentuk dadu. Ketepikan.
  2. Tumbuk bawang putih bersama lada hitam.
  3. Perap ayam dengan bawang putih , lada hitam , serbuk kari dan garam.
  4. Perap 1 jam atau lebih.
  5. Pecahkan telur sebiji dalam perapan ayam tadi.
  6. Masukkan 2-3 sudu besar tepung jagung. Gaul rata.
  7. Golekkan ayam ke dalam serbuk roti dan goreng sehingga keemasan.
  8. Cairkan mozarella cheese guna api sederhana di dalam non-stick pan.
  9. Kacau sehingga keju betul-betul cair.

Gambar sekadar hiasan
– Setelah keju cair, boleh tuangkan keju dalam pinggan yang ada ayam goreng tadi atau letak ke dalam bekas lain.

Follow kami di:
instagram.com/resepimakananmy
twitter.com/resepimakananmy